comscore
Tumpuan :
Nasional

Telefon bimbit, kad sim Aliff Syukri disita, dihantar ke forensik

Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. FOTO: fail NSTP

KUALA LUMPUR: Telefon bimbit dan kad sim milik usahawan, Datuk Aliff Syukri yang memuat naik video lagu hari raya disita Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata peralatan komunikasi terbabit dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

“Saya difahamkan selepas beliau dipanggil dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci,” katanya dalam sidang media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Media kelmarin melaporkan, MCMC akan meneliti klip video lagu hari raya yang dimuat naik Aliff Syukri selepas mendapat kecaman orang ramai.

Fahmi dilaporkan berkata, beliau juga ada menonton sebahagian video terbabit dan melihat komen daripada netizen yang meminta pihaknya mengambil tindakan.

Menurutnya, walaupun video itu difahamkan sudah dipadam tetapi beliau meminta MCMC untuk meneliti perkara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini