comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan Malaysia susulan pelepasan air terawat oleh Kerajaan Jepun ke Lautan Pasifik.

 

Bagaimanapun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata sebagai langkah proaktif bagi memastikan peairan negara tidak terjejas, pemantauan dilakukan Jabatan Tenaga Atom secara berterusan.

“Menggunakan Sistem Pemantauan Air Spektrum Gamma (GSWMS) yang dipasang di Jeti Institut Penyelidikan Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu,” katanya di Dewan Negara.

Jelas beliau lagi, keputusan Kerajaan Jepun melepaskan sisa air terawat di perairan melalui Advance Liquid Processing System (ALPS) dilakukan setelah mendapat penilaian terperinci dan pemantauan ketat oleh pihak berkompeten iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“IAEA dalam laporan yang telah dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk ‘IAEA Comprehensive Report on Safety Reveal ALPS Treated Water at the Fukushima Daichi Nuclear Power Station’ mengenai isu ini telah menyatakan bahawa pelepasan air sisa terawat ke Lautan Pasifik adalah mematuhi keselamatan piawaian antarabangsa serta menyebabkan impak radiologi yang boleh diabaikan ataupun tidak signifikan kepada manusia dan alam sekitar”, tambahnya.

Loading...
Terkini