comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terkesan banjir besar UAE

Datuk Seri Mohamad Hasan

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PUTRAJAYA: Wisma Putra menzahirkan ucapan takziah kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas bencana banjir besar yang melanda Dubai sejak Selasa lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang terkesan akibat bencana itu.

“Walaupun ada empat kematian, kita ucapkan takziah kepada Dubai, hujan yang terlalu lebat, lebih 75 tahun tidak banjir menyebabkan banjir yang teruk tapi keadaan dah pulih seperti sediakala hari ini.

“Kita berharap kerajaan UAE, sistem penerbangannya dan lain-lain dapat beroperasi kembali.

“Rakyat Malaysia tiada yang terkesan, kita punya konsulat di Dubai sentiasa berhubung dengan Wisma Putra, dan memaklumkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dengan masalah banjir di Dubai,” katanya.

Ribut besar melanda UAE, membawa hujan lebat turut menenggelamkan lebuh raya serta rumah selain mengakibatkan kesesakan lalu lintas, menyebabkan ramai penduduk terkandas.

Loading...
Terkini