comscore
Tumpuan :
Nasional

Tradisi wakaf perlu disemarakkan – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Usaha membangunkan wakaf perlu disemarakkan bagi menggalakkan masyarakat, khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat swasta meneruskan tradisi Islam itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata seiring dengan tujuan itu, hala tuju baharu bagi pembangunan wakaf di negara ini perlu dikenal pasti.

“Inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (melalui Bulan Wakaf Kebangsaan 2023) untuk terus semarakkan aktiviti wakaf dan ini sebagai ikhtiar dan kebijakan dalam menggalakkan umat sama ada individu, persatuan, syarikat, GLC dan GLIC untuk melihat ia sebagai satu tradisi yang mesti dihidupkan.

 

“Mereka boleh memilih untuk menetapkan kaedah dan keutamaan dalam bidang tertentu,” katanya dalam rakaman awal ucapan bersempena Pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2023 yang disiarkan secara langsung di rancangan Assalamualaikum di TV Al Hijrah, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM, Ruslan Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Hajid (JAWHAR), Datuk Selamat Paigo dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Abdul Halim Mat Yusop.

Berita lanjut menyusul

Loading...
Terkini