comscore
Tumpuan :
Nasional

Uda seronok dapat gerakkan tangan, kaki pagi hari ini

Ibu atlet berkayak, Saloma Ramli.

ISKANDAR PUTERI: “Uda seronok dapat menggerakkan tangan dan kaki pada pagi hari ini,” kata ibu atlet kayak kebangsaan, Saloma Ramli.

Saloma, 58, berkata Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22 atau mesra dengan panggilan Uda juga menunjukkan perkembangan positif; boleh bertutur dan makan seperti biasa.

Menurutnya, doktor turut memaklumkan anaknya itu diminta berpuasa hari ini untuk menjalani prosedur rawatan kulit.

“Saya bersyukur dan gembira melihatnya berasa seronok kerana dapat menggerakkan tangan dan kaki dan berbanding semalam, dia kelihatan lebih ceria hari ini.”

“Dia juga dapat makan bubur serta nampak berselera.”

“Mulai jam 10 pagi hari ini dia mula berpuasa, kemudian jam 5 petang akan dibawa masuk bilik bedah untuk doktor melihat sama ada boleh menggunakan kulit bahagian lain untuk tampal bahagian belakang yang mengalami kecederaan,” katanya.

Atlet berkayak, Siti Nurul Masyitah Md Elias sudah dapat menggerakkan tangan dan kaki selepas dirempuh dan diseret sejauh 600 meter dalam kemalangan pada Sabtu lalu.

Saloma berkata biarpun dia bergerak menggunakan kerusi roda namun dia menghabiskan masa di samping anaknya di hospital.

“Saya melakukan apa yang boleh memandangkan keadaan saya juga kurang sihat,” katanya.

Siti Nurul Masyitah mengalami kecederaan parah selepas dirempuh dalam satu kemalangan pada Sabtu lalu ketika dalam perjalanan dari kediamannya di Pontian ke pusat latihan kayak di Kampung Bakar Batu.

Dalam kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) itu, dia juga diseret sejauh 600 meter oleh pemandu terbabit yang dipercayai mabuk.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam mengumumkan bersedia untuk menanggung kos rawatan sekiranya Siti Nurul Masyitah memerlukan kulit import bagi menampal kecederaan pada bahagian belakangnya seperti rawatan yang dilakukan ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini