comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Selasa, 12 Mac

Seorang pencerap melakukan cerapan anak bulan Ramadan pada Majlis Rukyah Hilal Rasmi Ramadan 1445H/2024 bagi negeri Sabah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, hari ini. – Foto: NSTP

PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Selasa ini, 12 Mac.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang mengumumkan perkara itu berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 12 Mac 2024 menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

3 Mac lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan, menetapkan hari ini, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445H untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi di seluruh negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini