comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Insiden pokok tumbang: Kerja baiki rel, pembersihan masih diteruskan

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan kerosakan pada laluan kenderaan dan juga laluan monorel akibat insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Raja Chulan, di sini masih diteruskan.

Tinjauan Buletin TV3 mendapati sekumpulan kru penyelenggaraan sedang bertungkus lumus membaiki rel yang patah akibat insiden pokok tumbang itu, semalam.

Dalam pada itu, trafik di sepanjang Jalan Sultan Ismail berhampiran MBSB Bank yang ditutup sejak petang semalam sudah dibuka semula untuk orang awam.

Pokok berusia lebih 50 tahun yang tumbang dan mengorbankan seorang pemandu kereta berkenaan sudah dialihkan sepenuhnya namu kerja pembersihan masih dijalankan oleh petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Semalam Buletin TV3 melaporkan seorang lelaki maut manakala dua individu cedera dalam insiden berkenaan yang berlaku semasa cuaca buruk di sekitar ibu negara, di sini.

Susulan itu, operasi laluan Monorel dilapor mengalami gangguan perkhidmatan susulan insiden berkenaan yang berlaku di Jalan Sultan Ismail, berhampiran Stesen Monorel Raja Chulan.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada perkhidmatan di antara Stesen KL Sentral hingga Stesen Medan Tuanku.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini