comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Laksana intervensi untuk tingkatkan integriti, perkhidmatan – KPN

 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar dan Ing Boon Seng

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia, (PDRM) melakukan beberapa intervensi atau pembaharuan bagi mengukuh dan memantapkan lagi perkhidmatan serta penugasan pegawai dan anggotanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perubahan itu selari dengan matlamat pasukan dalam usaha mengekalkan integriti serta tata kelola yang baik selain mengoptimumkan keupayaan anggota yang berdepan pelbagai cabaran keselamatan yang lebih kompleks khususnya dengan kewujudan teknologi kecerdasan buatan, AI ketika ini.

Jelas beliau dalam satu wawancara khas di Bukit Aman baru-baru ini, penambahbaikan itu termasuk menangani isu kematian tahanan dalam lokap dengan menambah baik pengurusan tahanan.

Sehubungan itu peranan ketua polis daerah dan ketua balai akan diperkasakan.

“OCPD perlu melawat lokap sekurang-kurangnya empat kali sehari. Itu salah satu intervention nak tentukan orang yang ditangkap, yang ditahan di dalam lokap ini terjaga, tak bunuh diri.

“Pegawai-pegawai menyiasat, pegawai menyiasat dia ada orang-orang salah di dalam itu,dia juga perlu melawat lokap jadi sekiranyalah satu hari lokap ini dilawat sejumlah dua puluh empat kali, sejam sekali perkara-perkara mati dalam lokap perkara-perkara salah guna kuasa oleh anggota lokap untuk menganiaya tidak akan berlaku,” katanya.

Elemen rasuah membabitkan anggota mahupun pegawai turut dipandang serius beliau.

Selain sistem kawalan disiplin dan dadah SKDD yang diperkenalkan sejak 1979 dibawah pemantauan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard JIPS, Bukit Aman juga tidak akan berkrompomi terhadap anggota yang terpalit.

“Yang terbaru punya arahan mana-mana anggota pegawai dan anggota yang ditangkap belum dituduh mahkamah lagi dan kita dapati bahawa keterangan itu memang mirip kepada kesalahan yang dilakukan kita tidak tanpa ragu-ragu, kita akan tahan kerja dia.

“Bila tahan kerja dia setengah gaji, dia tidak bekerja sebagai satu penalti kepada pegawai dan anggota yang menyalahgunakan kuasa ataupun terlibat dengan rasuah. Itu fasal kita nak menentukan bahawa integriti ini ditahap yang terbaik,” katanya.

Sepanjang lapan bulan pertama tahun ini juga, 90 anggota atau 0.07 peratus ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Daripada jumlah itu, 24 dituduh di mahkamah manakala 11 disabitkan kesalahan.

Sejajar perkembangan jenayah yang semakin kompleks, penstrukturan semula keanggotaan pasukan akan dilaksana mengikut keperluan semasa melibatkan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Pasukan Gerakan Am, (PGA).

“Dengan kes-kes yang melibatkan AI sekarang ni media sosial ini memang kes itu kita lihat terlampau banyak yang ini kita akan redeploy untuk kita tambah kepada pihak JSJK,” katanya.

Pihaknya juga mengalu-alukan sekiranya kerajaan meningkatkan lagi jumlah perjawatan dalam PDRM.

PDRM ketika ini mempunyai kekuatan 130,000 pegawai dan anggota dan jumlah itu katanya mencapai standard piawaian antarabangsa iaitu nisbah seorang anggota kepada 250 penduduk.

Loading...
Terkini