comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ribuan sambut Anwar dan Jokowi di Pasar Jalan Raja Bot

 

Oleh : Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo hadir menyantuni peniaga di Pasar Jalan Raja Bot, di sini.

Kedua pemimpin itu tiba pada jam 12.35 tengah hari, meluangkan masa kira-kira 1 jam meninjau sekitar pasar berkenaan.

Kehadiran itu disambut dengan keterujaan dan sorakan yang begitu meriah, sehinggakan ada dalam kalangan pekerja sanggup meninggalkan kedai jualan masing-masing hanya untuk merakamkan kehadiran Jokowi.

Turut mengiringi, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dianggarkan lebih 2,000 orang termasuk peniaga dan pekerja yang berasal dari Indonesia, berada di lokasi untuk melihat Presiden Jokowi.

Pasar Jalan Raja Bot menempatkan seramai 1,422 peniaga.

Datuk Seri Anwar bersama Jokowi kemudiannya menikmati hidangan cendol durian di Kafe Masa, Jalan Raja Laut sebelum berangkat ke Restoran Samudera Kg Baru untuk makan tengah hari.

Loading...
Terkini