SIMPANG RENGGAM: Seorang warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori di Jalan Machap, Paya Belembang, pagi tadi.
Nahas jam 9.26 pagi tadi membabitkan kereta Proton Iswara yang dipandu seorang warga emas dengan kereta Mazda, Proton Persona dan sebuah lori.
Menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Nizar Mamun, akibat kejadian, mangsa 68 tahun tersepit dan terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat menggunakan peralatan khas.
Dia disahkan meningga dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Tiga mangsa masing-masing berumur 50 tahun, 73 dan 13 tahun yang menaiki kereta Mazda pula mengalami kecederaan.
Manakala 3 lagi yang menaiki kereta proton persona termasuk seorang kanak-kanak serta pemandu lori tidak cedera.
Punca kemalangan masih disiasat.