comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut dihempap pokok

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Seorang warga emas maut dalam kejadian hujan lebat dan ribut, selepas kenderaan yang dipandunya dihempap pokok di Kampung Bukit Payong, Pokok Sena di sini.

Pegawai Keluaran Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Shahrin Musa dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 3 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan kami mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Hyundai. Seorang mangsa lelaki berumur 74 tahun didapati terperangkap dalam kenderaan itu dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan jentolak. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Mayat Ooi Boon Khak kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pihak JBPM kemudian katanya telah melakukan kerja pemotongan pokok tumbang sehingga selesai sepenuhnya menjelang jam 5 petang.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini