comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut, van bertembung pikap

Oleh : Safwan Sawi

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut, manakala dua cedera dalam kemalangan di Jalan Sibuga, Batu 8, di sini, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila van dipandu warga emas berusia 63 tahun itu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki seorang lelaki dan wanita berusia 20 dan 22 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.29 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah van dan Toyota Hilux Single Cab.

“Terdapat seorang lelaki tersepit (pemandu van) berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua mangsa dalam kenderaan pikap yang cedera ringan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Operasi tamat pada jam 9.54 pagi,” katanya.

Loading...
Terkini