comscore
Tumpuan :
Politik

Agenda reformasi perlu dilakukan dengan bijaksana – Anwar

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya jangan sesekali berundur daripada perjuangan reformasi.

Namun katanya dalam keghairahan memperjuangkan agenda perubahan, usah gopoh dalam setiap tindakan untuk memenuhi selera sesetengah kelompok.

“Harapan itu kerana menggunung tinggi mencabar kita untuk bertindak untuk memenuhi selera kelompok kecil dan mengorbankan jangka panjang itu bukan waras dan bijaksana.”

Beliau berkata demikian ketikan menyampaikan ucapan semasa Konvensyen 25 Tahun Keadilan di Shah Alam hari ini.

“Kita memerlukan kebijaksanaan jangan sesekali undur dari agenda ‘reform’ tapi jangan sesekali gopoh untuk bertindak, elit yang hanya mengagaskan perubahan tidak fikir sama sama sekali kesan politik, tidak renung sama sekali soal kestabilan dan tidak renung apakah perubahan.”

Datuk Seri Anwar bagaimanapun menegaskan ada beberapa perkara yang sama sekali beliau tidak bertolak ansur antaranya kebebasan badan kehakiman.

“Kekuatan badan penguatkuasaan,sama ada Jabatan Peguam Negara, SPRM, LHDN atau PDRM, mereka harus bertindak dengan tegas tanpa campur tangan politik.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini