comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Perpaduan bincang agihan kerusi PRN Ahad ini

Saifuddin Nasution pada sidang media khas di Ibu Pejabat Keadilan hari ini. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Perundingan agihan kerusi untuk enam Pilihan Raya Negeri (PRN) antara agenda yang akan dibincangkan pada mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Ahad ini.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

“Hal itu akan dilaporkan pada mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan, akan ada laporan mengenai tiga perkara.

“Pertama, Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Polisi, kedua Jawatankuasa Perundingan Kerusi dan ketiga Jawatankuasa Mobilisasi dan Komunikasi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun depani bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.
​​​​​​​
Negeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Loading...
Terkini