comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KM Melaka baharu angkat sumpah esok

Kompleks Seri Negeri Melaka

AYER KEROH: Siapa bakal dlantik  Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal terjawab esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dalam satu kenyataan mengesahkan istiadat angkat sumpah akan diadakan jam 3 petang esok di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri, di sini.

“Adalah dimaklumkan bahawa, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka sudah pun menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12.

“Sehubungan itu, berdasarkan Perenggan (a), Fasal 2, Perkara 7, Perlembagaan Negeri Melaka, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

“Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-13 akan diadakan esok jam 3 petang,” katanya.

Beberapa nama pemimpin UMNO negeri disebut-sebut untuk menggantikan Sulaiman, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Loading...
Terkini