comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan Presiden

Oleh: Juliana Sharin

SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung sebelum tahun depan.

“Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden parti. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan,” katanya sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Shah Alam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, masanya telah tiba untuk beliau mewariskan kepimpinan parti kepada pemimpin seterusnya.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli BERSATU sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” jelasnya.

Beliau juga mencadangkan barisan kepimpinan kanan parti bermusyawarah terlebih dahulu untuk memastikan tokoh-tokoh parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan parti yang baharu nanti.

“Saya berdoa mudah-mudahan dengan kesatuan hati dan semangat setiakawan yang tinggi dalam kalangan barisan kepimpinan dan ahli-ahli Bersatu, proses peralihan kepimpinan parti akan berlangsung dengan penuh tertib dan harmoni,” tambahnya.

Loading...
Terkini