comscore
Tumpuan :
Politik

Pendedahan awal politik untuk pengundi muda,elak persepsi dan tanggapan buruk

Datuk Zawawi Othman memberi ceramah motivasi kepada pelajar Tingkatan Enam SMK Bukit Jawa, Pasir Putih, Kelantan

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PASIR PUTIH: Pendedahan awal mengenai politik sewajarnya didedahkan kepada pelajar sekolah bagi mengelak persepsi dan tanggapan buruk mengenai satu-satu parti politik.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Putih, Datuk Zawawi Othman berpandangan, kebanyakan maklumat kini hanya diperoleh melalui media sosial dan internet, perkongsian yang telah disunting, yang akhirnya menyebabkan kekeliruan dan perjuangan yang cuba disampaikan tersasar daripada maksud asal.

Katanya, dengan adanya pengetahuan politik, barulah pengundi-pengundi, khususnya pengundi muda dapat membuat penilaian yang tepat.

“Anak-anak ini perlu membuat satu keputusan menggunakan akal, bukan persepsi dan sebagainya, bukan memilih seorang pemimpin yang retorik, bukan memilih parti itu sebagai parti yang namanya baik, tetapi akhir sekali membuat keputusan yang berbeza dengan namanya sendiri.” katanya.

Beliau turut mencadangkan aktiviti-aktiviti atau subjek-subjek yang memberi pendedahan kepada perjuangan politik, dimasukkan dalam silibus atau sebagai aktiviti kokurikulum.

“Kalau mereka tak tahu, satu hari nanti negara akan dipilih secara begitu (membabi buta) bukan satu perkara yang difikir bagaimana 10 tahun akan datang, bagaimana lima tahun akan datang, agar mereka mengundi berdasarkan apa yang mereka mahu,”katanya ketika menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, Pasir Putih, pagi tadi.

Tambahnya lagi, sekiranya diberi pendedahan politik yang secukupnya, beliau yakin pengundi muda sudah cukup matang dan tidak mudah dipengaruhi dengan fahaman ‘tradisi politik’ di dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Loading...
Terkini