comscore
Tumpuan :
Politik

Titiwangsa sah milik Johari Ghani semula

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berjaya merampas kembali kerusi berkenaan dengan majoriti 4,632 undi selepas meraih 25,042 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Anak jati Kuala Lumpur itu menewaskan pencabarnya, Khalid Abdul Samad dari Pakatan Harapan (PH) yang meraih 20,410 undi, calon Perikatan Nasional (PN), Dr Rosni Adam dengan 14,518 undi serta calon Pejuang Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang memperoleh 888 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.

Loading...
Terkini