comscore
Tumpuan :
Politik

Tun M ucap tahniah dan selamat maju jaya 

 

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Dalam ciapannya di Twitter, bekas bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menyatakan selamat maju jaya kepada Anwar.

“Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-10.

Selamat maju jaya,” katanya dalam ciapan itu.

Semalam, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dalam satu kenyataan berkata partinya mendoakan kerajaan pimpinan Anwar mampu mengeluarkan Malaysia daripada “lautan yang bergelora” dan memulihkan negara.

Loading...
Terkini