comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron-Wooi Yik pilih jalan sukar

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Hasrat beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk melepasi saingan kumpulan Jelajah Dunia Akhir selepas gagal berbuat demikian pada tiga kejohanan terdahulu, nampaknya meniti jalan sukar apabila tewas pada aksi pertama di tangan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di Hangzhou, China tengah hari tadi.

Pada saingan Kumpulan A, Aaron dan Wooi Yik tewas 16-21 pada set pertama, namun bangkit mengheret perlawanan permainan penentuan apabila menang set kedua 21-14.

Saingan kedua-dua pasangan semakin mendebarkan pada set penentuan, namun tuah berpihak Hoki dan Kobayashi dengan kemenangan 21-18.

Ini penampilan kali keempat Aaron dan Wooi Yik dalam saingan Jelajah Dunia Akhir yang menyaksikan mereka terkandas pada saingan kumpulan pada edisi 2019, 2020 dan 2022.

Kumpulan A turut menampilkan dua beregu tuan rumah Liang Wei Keng-Wang Chang dan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Pada aksi yang turut berlangsung tengah hari tadi, Yu Chen-Xuan Yi mengalahkan Wei Kang-Wang Chang 21-18, 16-21, 21-16.

Pada perlawanan kedua esok, Aaron-Wooi Yik akan menentang Yu Chen-XuanYi pada saingan yang menawarkan wang tunai keseluruhan RM11.70 juta.

Loading...
Terkini