comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Aaron/ Wooi Yik gagal lepasi pusingan pertama All England

Aaron/ Wooi Yik tewas ditangan pemain muda Indonesia Rolly Carnando/ Daniel Marthin di pusingan pertama All England. – FOTO: EPA

BIRMINGHAM: Prestasi terkini beregu lelaki juara dunia 2022 dari Malaysia nampaknya masih belum berada di tahap yang diharapkan.

Cubaan Aaron Chia/ Soh Wooi Yik menebus kehampaan tewas di pusingan kedua terbuka Jerman minggu lalu ketika memulakan cabaran All England dengan menentang wakil Indonesia Leo Rolly Carnando/ Daniel Marthin sekali lagi mengecewakan.

Ternyata masih ada yang kurang, apabila pilihan kedua kejohanan itu gagal meneruskan kemaraan menerusi keputusan 21-18, 14-21, 13-21 selepas beraksi selama sejam.

Indonesia lega apabila nasib ranking nombor 1 dunia Fajar Alfian/ Muhammad Rian Ardianto memihak mereka ketika berdepan Kang Min Hyuk/ Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Pilihan utama itu juga hampir-hampir ditunjukkan jalan keluar dalam pertarungan selama sejam enam minit yang menelan aksi tiga set berakhir 20-22, 21-12, 21-19.

Dua lagi wakil negara iaitu perseorangan lelaki Daren Liew tumpas kepada pemain Indonesia Chico Aura Dwi Wardoyo dengan keputusan 9-21, 16-21 manakala beregu campuran Shevon Lai/ Goh Soon Huat tewas ditangan bukan pilihan dari Korea Selatan Seo Sung Jae/ Chae Yu Jung 10-21, 14-21.

Loading...
Terkini