comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Kempen dua beregu lelaki profesional di Masters Thailand berakhir

BANGKOK: Cubaan dua wakil beregu lelaki negara meloloskan diri ke suku akhir Masters Thailand tidak berhasil hari ini.

Pasangan Nur Mohd Azryn Ayub/ Low Juan Shen dan Low Hang Yee/ Ng Eng Cheong disekat lawan masing-masing semasa pusingan kedua di Bangkok.

Nur Mohd Azryn/ Juan Shen yang menentang Chiu Hsiang Chieh/ Yang Ming-Tse bermula baik menerusi kemenangan 21-14.

Kedua-duanya kemudian tidak bernasib baik dihampakan beregu Taiwan itu 19-21 memaksa ke pertarungan penentuan.

Hsiang Chieh/ Ming Tse lebih agresif set ketiga membolehkan merakam keputusan 21-16 seterusnya meneruskan langkahan.

Satu lagi beregu bebas, Hang Yee/ Eng Cheong tidak berupaya mengejutkan pilihan ketiga dari Indonesia Muhammad Shohibul Fikri/ Bagas Maulana.

Perlawanan di Nimibutr National Stadium itu berlangsung 28 minit sahaja memihak lawan 21-10, 21-15 menyebabkan mereka gagal melangkah jauh.

Loading...
Terkini