comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Kian Meng perlu masa untuk bangkit selepas jatuh di ranking ke-18 dunia

Oleh Syakirah Zulkifly

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng akui kecewa dengan prestasi semasa yang dihadapinya.

Namun, ia belum mematahkan semangat pemain berusia 29 tahun itu yang menanam semangat tinggi untuk bangkit ke prestasi sebenar bersama pasangannya, Lai Pei Jing.

Selepas mengalami kekalahan di peringkat awal sejak lapan kejohanan bermula awal musim ini, Kian Meng tidak menafikan mereka menghadapi masalah keyakinan diri ketika ini.

Katanya, jurulatih tidak banyak menyentuh tentang prestasi mereka kerana masalah hilang kepercayaan diri menjadi perkara utama yang perlu diperbaiki mereka secepat mungkin.

“Kami menghadapi satu masalah yang melibatkan keyakinan diri, kami tak percaya dengan diri kami sendiri”, kata Kian Meng.

Memandangkan setiap pemain berkelas dunia sudah mula sibuk memburu mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024, pemain di ranking ke-18 dunia itu mahu secepatnya bangkit dalam beberapa kejohanan seterusnya sekaligus untuk mengelakkan kedudukan mereka dalam program ‘Road To Gold’ terjejas.

Bermula di terbuka singapura yang akan membuka tirainya esok, kian meng dan pei jing dijadual berdepan pasangan kesembilan dunia Kim Won Ho – Jeong Na Eun dari Korea Selatan di pusingan pertama.

“Saya dapat lihat Won Ho dan Na Eun mempunyai peningkatan prestasi mendadak dalam beberapa kejohanan sebelum ini, mereka bukan lawan yang mudah walaupun kami pernah menewaskan mereka tahun lalu.”

“Apa pun, kami perlu lebih berhati-hati berdepan mereka nanti, saya harap kami mampu bermain dengan lebih yakin di pusingan pertama.” jelas Kian Meng,

Mengulas mengenai beraksi dalam dua sektor, Kian Meng menafikan faktor kejatuhan berpunca daripada situasi itu, kerana tumpuanya sealu terarah kepada acara beregu campuran.

Sebaliknya, pemain kelahiran Johor itu mengulas mengenai gandingannya bersama Tan Wee Kiong dalam acara beregu lelaki, yang sedikit sebanyak membantu meningkatkan kekuatan fizikalnya.

Apapun, Kian Meng menjelaskan selepas ini dia akan memberi tumpuan penuh dalam acara beregu campuran, memandangkan dia dan Wee Kiong sukar menyertai kejohanan atas faktor ranking.

Loading...
Terkini