comscore
Tumpuan :
Sukan

BADMINTON: Pearly/ Thinaah ketuai kemaraan wakil negara ke pusingan kedua Masters Indonesia

Pemain beregu wanita negara Pearly/ Thinaah mara ke pusingan kedua Masters Indonesia.

JAKARTA: Hampir keseluruhan wakil negara yang turun beraksi di hari pertama Masters Indonesia bermula baik apabila menumpaskan lawan masing-masing.

Beregu wanita, Pearly Tan/ M. Thinaah mara ke pusingan kedua apabila menewaskan Jin Yujia/ Wong Jia Ying dari Singapura.

Pilihan keenam itu tidak memerlukan masa yang lama mencatat keputusan 21-8, 21-13 dalam tempoh 27 minit untuk melepasi halangan.

Beregu lelaki profesional Tan Kian Meng/ Tan Wee Kiong juga menempah tempat di pusingan berikutnya.

Mereka mengenepikan Krishna Prasad Garaga/ Vishnuvardhan Goud Panjala dari India 21-17, 21-9.

Satu lagi beregu lelaki bebas, Boon Xin Yuan/ Wong Tien Ci lega meneruskan langkahan dari peringkat kelayakan.

Xin Yuan/ Tien Ci merakam kemenangan 21-15, 21-19 ke atas pasangan Kanada, Adam Dong/ Nyl Yakura dan mara ke undian utama berdepan rakan senegara Aaron Chia/ Soh Wooi Yik di pusingan pertama esok.

FOTO: BAM/Facebook

Cheam June Wei yang turut beraksi di pusingan kelayakan menamatkan hari sulung dengan baik menerusi dua kemenangan.

Kejayaan ke atas B. Sai Praneeth dari India 21-18, 21-19 membawanya ke perlawanan seterusnya esok.

Seorang lagi perseorangan lelaki profesional Yeoh Seng Zoe sangkut di aksi kelayakan selepas mengalami kekalahan kepada Kartikey Gulshan Kumar dari India 8-21, 14-21.

Wakil terakhir yang menunggu giliran untuk beraksi di Stadium Istora Senayan ialah beregu wanita profesional Vivian Hoo/ Lim Chiew Sien berdepan pemain Taiwan Lee Chia Shin/ Teng Chun Hsun untuk merebut tempat ke peringkat kedua.

Loading...
Terkini