comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Cools ucap selamat maju jaya kepada Harimau Malaya, tidak dapat serta tugasan kerana melangsungkan perkahwinan

Reaksi Cools mengenai panggilan kem kebangsaan. – FOTO: Instagram Dion-Johan Cools

KUALA LUMPUR: Ketua pasukan Harimau Malaya Dion Cools terlepas panggilan kem kebangsaan pada tugasan kedua antarabangsa tahun ini kerana akan berkahwin.

Situasi itu menyebabkannya hanya mampu mendoakan kejayaan ditempa skuad negara dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa kali ini.

“Selamat berjaya semua! Seperti yang ramai maklum, saya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Jadi tidak bernasib baik untuk mewakili Malaysia kali ini. Terima kasih!,” tulis pemain pertahanan Buriram United itu di laman sosialnya.

Menurut senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 27 pemain dipilihan jurulatih Kim Pan Gon untuk mengikuti latihan menghadapi Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea masing-masing pada 14 dan 20 Jun.

17 daripada barisan yang dikumpul semasa perlawanan terakhir menentang Turkmenistan dan Hong Kong Mac lalu dikekalkan, manakala sembilan pemain lagi dipanggil semula.

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Natxo Insa yang kali terakhir menyarung jersi negara pada 2018 juga disenaraikan, bersama-sama Junior Eldstal dan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol, Muhammad Azri Ab Ghani manakala Muhamad Syahir Bashah pula muka baharu tunggal.

Mereka dijadual berkumpul di Kuala Terengganu pada Sabtu ini, 10 Jun menyaksikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dipilih sebagai venue kedua-dua perlawanan.

Seramai 24 pemain pula diletakkan dalam senarai menunggu sekiranya terdapat perubahan selepas ini.

Loading...
Terkini