comscore
Tumpuan :
Sukan

BOLA SEPAK: Bondy tunggu Mbappe bawa pulang Piala Dunia

Mural yang memaparkan imej bintang utama Perancis, Kylian Mbappe. – FOTO: REUTERS

Oleh Hasnida Hanim Ahmad Kamil

BONDY: Ketika bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe bersiap sedia untuk perlawanan akhir Piala Dunia malam ini di Stadium Lusail, Doha, Qatar, kehadiran penyerang itu juga amat dirasai di Bondy, salah sebuah bandar di Paris tempat dia dibesarkan.

“Kylian, bintang yang sedang meningkat naik”, kata Kamel Ghehioueche, 41, salah seorang penduduk di Bondy.

Ini merupakan final Piala Dunia kedua, Mbappe, 23, akan menentang rakan sepasukannya di Paris St Germain, Lionel Messi.

“Kiki, kami sayang awak!” kata Melissa Toumi, 28, yang pernah berlatih bersama Mbappe suatu ketika dahulu.

“Kylian, bawa pulang hadiah itu, inshallah,” kata Frikhi Mansour, yang pernah memotong rambut Mbappe ketika dia masih muda.

Manakala, di tempat letak kereta kedai burger Harry’s Cafe, imej penyerang terkenal itu menghiasi sebelah bangunan 10 tingkat.

Loading...
Terkini