Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Pasukan skuasy lelaki terkandas di separuh akhir

Muhammad Addeen tewas kepada Abhay Singh – FOTO: Majlis Olimpik Malaysia

HANGZHOU: Hasrat Kontinjen negara menyaksikan pasukan skuasy layak ke final dalam kedua-dua kategori berpasukan nampaknya tidak kesampaian.

Skuad lelaki gagal menuruti barisan wanita yang mara ke final apabila tewas di tangan India 0-2 pada aksi separuh akhir malam ini, sekaligus tidak mampu  mempertahankan pingat emas yang diraih lima tahun lalu.

India mendahului menerusi Abhay Singh yang menewaskan Muhammad Addeen Indrakie Bahtiar 11-3, 12-10, 9-11, 11-6,

Harapan yang diletakkan kepada juara Asia dua kali, Ng Eain Yow menghidupkan kembali peluang Malaysia juga tidak menjadi kenyataan.

Eain Yow tewas kepada pemain nombor 19  dunia, Saurav Ghosal, dalam perlawanan tiga set, 8-11, 6-11, 10-2, 3-11.

“Kecewa kerana tidak ke final, tetapi banyak perkara positif yang boleh diambil daripada perlawanan hari ini dan saya akan bangkit dengan lebih kuat dalam acara individu  minggu depan,”” kata Eain Yow.

India akan menentang Pakistan pada perlawanan akhir, esok. Pakistan sebelum itu menundukkan pemenang pingat perak tahun lalu, Hong Kong, 3-1 pada satu lagi aksi  separuh akhir.

Manakala pada kategori wanita skuad negara akan menentang Hong Kong selepas mengalahkan Korea Selatan 2-0 pada saingan separuh akhir.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini