comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya sarung jersi baharu selepas ini

Pemain kebangsaan Khuzaimi, Syihan dan Ruventhiran menyarung jersi baharu Harimau Malaya dalam majlis pelancaran di Petaling Jaya hari ini.

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

PETALING JAYA: Pasukan kebangsaan bakal turun ke padang dengan penampilan baharu selepas ini apabila kit jersi baharu diperkenalkan hari ini.

Pelancaran dilakukan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dengan penaja di disini mempamerkan set yang akan dipakai pemain dan penjaga gol sehingga tahun 2024.

Warna serba kuning kekal menjadi jersi utama tradisi tuan rumah, manakala warna hitam beserta corak harimau dipilih sebagai kit kedua yang kebiasaannya digunakan ketika ditempat lawan.

Penjaga gol pula mengenakan warna hijau dan turqoise.

Set jersi terbaharu yang dikeluarkan mengikuti ciri-ciri reka bentuk dan gaya terkini digunakan pasukan-pasukan kebangsaan serata dunia lain khususnya apabila mengambil bahagian di Piala Dunia 2022 Qatar.

Antara pemain kebangsaan yang hadir memperagakan wajah baharu Harimau Malaya itu ialah pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee, penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dan pemain sayap V. Ruventhiran.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon itu dijadual menyambung semula tugasan perlawanan antarabangsa menentang Kemboja 9 Disember disusuli Maldives 14 Disember sebelum membuka tirai kejuaraan AFF 2022 berdepan Laos pada 24 Disember nanti.

Loading...
Terkini