comscore
Tumpuan :
Dunia

Jambatan kaca di Da Lat, Vietnam kini dibuka

Foto: Khanh Huong

LAM DONG: Jambatan kaca Ngan Thong yang menghubungkan Thung Lung Tinh Yeu (Lembah Cinta) dan Bukit Mong Mo, iaitu dua tarikan pelancong utama di bandar peranginan Da Lat, kini dibuka kepada orang awam bermula 19 Ogos selepas empat tahun pembinaan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah Lam Dong, Pham S, menegaskan bahawa pembinaan baharu berkenaan akan menjadi produk pelancongan bertaraf tinggi.

Jambatan gantung ini terletak kira-kira 90 meter di atas hutan pain, sepanjang 325 meter dengan lebar sekitar tiga meter, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Jambatan ini mampu menampung 200 pelancong pada satu-satu masa, dan pengunjung dapat menikmati pemandangan panorama gunung Langbiang dan sebahagian bandar Da Lat. – BERNAMA-VNA

Loading...
Terkini