comscore
Tumpuan :
Sukan

JDT rancang tubuh pasukan wanita

Tunku Ismail sedang dalam perancangan tubuh pasukan wanita JDT. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mahu melebarkan sayap mereka dalam bola sepak kategori wanita selepas mendominasi Liga Malaysia menerusi pasukan lelakinya.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitternya mengesahkan pasukan itu sedang dalam perancangan untuk menubuhkan pasukan wanita JDT.

“Memang dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?,” tulisnya.

Tunku Ismail berkata demikian ketika menjawab mengenai harapan pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu yang mengimpikan kelab gergasi Liga Malaysia itu akan menubuhkan sebuah pasukan wanita JDT.

Sebagai rekod, Tunku Ismail sebelum ini pernah mendedahkan mahu memiliki pasukan wanita di bawah pengendalian kelabnya sendiri sebagai kemajuan dalam dunia sukan.

Tunku Ismail menjelaskan perkara itu akan direalisasikan selepas kelab JDT mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung dua pasukan bola sepak bagi mewakili negeri Johor.

Jika harapan itu dapat dilaksanakan kemungkinan besar penyokong bola sepak tanah air boleh melihat kebangkitan skuad wanita negara di peringkat antarabangsa.

Loading...
Terkini