comscore
Tumpuan :
Sukan

Kontinjen KL sasar “Top 5”

Oleh Hazreen Mubarak

KUALA LUMPUR: Kontinjen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyasarkan 25 pingat dan kedudukan lima terbaik pada temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 dijadual bermula Selasa depan (1 Nov).

Ketua penyelaras kontinjen Mohd Faidurrida Yusoff berkata sasaran diletakkan kepada 95 atlet itu sekali gus dijangka dapat memperbaiki pencapaian dilakar pasukan warga kota yang menduduki tempat ketujuh daripada keseluruhan 15 negeri dengan membawa pulang 19 emas, 25 perak dan 21 gangsa pada edisi 2018 di Perak.

“Antara sukan yang dijangka menjadi lubuk pingat kami kali ini ialah olahraga, badminton dan boling,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pendaftaran delegasi (DRM) Para Sukma di sini hari ini.

Sebanyak 10 jenis sukan dan 294 acara dipertandingkan dalam Para Sukma 2022 yang berlangsung di sekitar Lembah Klang hingga 6 Nov ini.

Loading...
Terkini