comscore
Tumpuan :
Sukan

Messi ‘angkat kaki’ dari PSG

Lionel Messi meledakkan 32 gol dalam 74 penampilan bersama Paris Saint Germain (PSG) selain turut mencatat 35 bantuan gol. – FOTO : Reuters

PARIS: Pengendali Paris Saint Germain (PSG), Christophe Galtier mengesahkan Lionel Messi akan meninggalkan pasukan selepas dua tahun bersama gergasi Ligue 1 itu.

Menerusi sidang media menjelang aksi terakhir PSG menentang Clermont Foot, Galtier berkata, saya memiliki keistimewaan untuk menjadi jurulatih kepada pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.

“Ini adalah perlawanan terakhirnya di Parc des Princes dan saya harap dia akan mendapat sambutan yang paling hangat.”

“Dia memainkan peranan penting buat pasukan pada tahun ini. Dia sentiasa ada untuk pasukan dan satu penghormatan untuk bersama Messi sepanjang musim ini.”

Messi meledak 21 gol dan melakar 20 bantuan gol buat PSG dalam semua pertandingan pada musim ini.

Dia menyertai PSG pada 2021 selepas karier selama 21 tahunnya bersama Barcelona berakhir susulan masalah kewangan pasukan itu.

Bergandingan bersama Kylian Mbappe dan Neymar, dia membantu PSG menjulang gelaran Ligue 1 sepanjang dua musim berada di Paris.

Secara keseluruhan, dia meledak 32 gol dalam 74 penampilan bersama PSG selain turut mencatat 35 bantuan gol.

Loading...
Terkini