comscore
Tumpuan :
Nasional

Mohd Nor Hakim Hassan sarung Jersi Terengganu FC

KUALA NERUS :Pemain kelahiran Terengganu Mohd Nor Hakim Hassan bersetuju untuk menjadi salah seorang pemain yang bakal memperkuatkan pasukan Terengganu FC untuk  menghadapi pusingan kedua saingan Liga Super 2023, Piala AFC dan Piala Malaysia selepas mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan itu.

Nor Hakim Hassan, sebelum ini beraksi bersama pasukan Selangor FC selama 4 musim dan pernah membawa pasukan Perak FC untuk meraih kejuaraan bagi saingan Piala Malaysia pada tahun 2018.

Nor Hakim juga mempunyai 6 penampilan bersama skuad Kebangsaan dengan kali terakhir beraksi ketika Piala Mitsubishi Electric 2022 yang menyaksikan Harimau Malaya berjaya ke separuh akhir.

Menurut Hakim, beliau sangat faham apa yang diinginkan oleh oleh ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner yang juga bekas jurulatihnya semasa bersama pasukan T-Team FC pada tahun 2015.

Baginya, beliau sudah biasa dengan kaedah latihan dan pembentukan disiplin yang diinginkan oleh pengendali tersebut.

Namun mungkin ianya berbeza pada kali ini kerana Tomislav yang beliau kenal dahulu dan kini adalah berbeza.

Bagi Hakim, beliau ingin mengambilnya sebagai cabaran untuk cepat memahami apa yang direncanakan dan beliau sudah tidak sabar untuk turun beraksi selepas jendela perpindahan dibuka nanti.

Loading...
Terkini