comscore
Tumpuan :
Sukan

Sarawak United, UiTM, Kelantan United Jadi Tuan Rumah Aksi Pembukaan Piala Malaysia 2022

Foto: MFL

Oleh Hazreen Mubarak

KELANA JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan jadual penuh perlawanan Piala Malaysia 2022, hari ini.

Ia menyaksikan Sarawak United menentang Kelantan, UiTM melawan Sabah dan Kelantan United bertemu Selangor menjadi aksi pembukaan yang berlangsung lebih awal jam 8:15 malam, 26 Oktober depan.

Tiga perlawanan turut berlangsung pada hari yang sama tetapi sepakmulanya jam 9 malam ialah Penang-Kuching City, PJ City-Johor Darul Ta’zim serta Kedah Darul Aman-Negeri Sembilan.

Manakala baki dua perlawanan lagi membabitkan Sri Pahang-Terengganu dan PDRM-KL City akan berlangsung pada 27 Oktober jam 9 malam.

Lawan sama akan berentap sekali lagi dalam aksi timbal balik pada 31 Oktober dan 1 November depan.

Menurut MFL, segala ketetapan ini masih tertakluk kepada pengumuman tarikh Pilihanraya Umum 15 (PRU15) dengan sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

Sebagai rekod, format Piala Malaysia tahun ini diubah selepas tiada aksi peringkat kumpulan.

Setiap pasukan akan terus bertanding dalam peringkat 16 pasukan secara timbal balik, begitu juga bagi aksi suku akhir dan separuh akhir.

Loading...
Terkini