comscore
Tumpuan :
Sukan

Tiket Harimau Malaya-Kyrgyzstan dijual esok, kutipan ke tabung Palestin

FOTO: FAM/ Facebook

KELANA JAYA: Harimau Malaya dijadual memulakan tugasan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 16 November ini menyaksikan pasukan kebangsaan dijadual beraksi di laman sendiri.

Tiket perlawanan menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu mula dijual esok melalui dalam talian sepenuhnya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan turut menyumbangkan kutipan tersebut kepada Palestin.

“Sementara RM2 daripada setiap jualan tiket tersebut juga akan disumbangkan ke tabung Palestin sebagai tanda soladiriti dan membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang sedang berdepan konflik di Gaza ketika ini,” menurut kenyataan badan induk itu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif kesembilan hari ini.

Selain itu, FAM turut menyumbangkan RM1 daripada setiap jualan tiket semua kategori tabung Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang telah dilaksanakan sejak awal tahun ini.

Harga tiket yang ditetapkan bagi perlawanan jam 9 malam Khamis depan ialah RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi Kategori Terbuka; RM60 bagi Kategori Grandstand dan RM80 bagi Kategori Premium.

Skuad negara bimbingan Kim Pan Gon turut diundi bersama-sama Oman dan Taiwan menyaksikan saingan peringkat  kumpulan D berlangsung sehingga 11 Jun 2024.

Loading...
Terkini