comscore
Tumpuan :
Sukan

Ziyech gagal ujian perubatan Al-Nassr

Foto: Reuters

LONDON: Hakim Ziyech dilaporkan gagal melepasi ujian perubatan di kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr.

Oleh itu, perpindahan bernilai £17 juta (RM88.6 juta) untuknya beraksi di samping Cristiano Ronaldo kini mungkin tidak menjadi kenyataan.

Wartawan Fahad Algathami mendakwa perpindahan Ziyech ke negara Teluk itu kini diragui selepas dia gagal dalam pemeriksaan kesihatan manakala sumber lain menyatakan dia mengalami masalah lutut.

Pemain Chelsea berusia 30 tahun itu tidak gembira di Stamford Bridge sejak enam bulan lalu.

Ziyech semakin hampir menyertai Paris Saint-Germain secara pinjaman pada Januari lalu namun impiannya musnah berikutan kesilapan Chelsea yang tidak menyerahkan dokumen tepat pada masanya.

Lantaran pemain antarabangsa Maghribi itu mungkin berdepan satu lagi episod menyedihkan dalam kariernya.

Ziyech berharap dapat melengkapkan perpindahan ke Al-Nassr selepas menyaksikan bekas pemain The Blues, N’Golo Kante, Kalidou Koulibaly dan Edouard Mendy berpindah ke Liga Pro Saudi.

Perpindahan itu akan menyaksikannya bergandingan dengan legenda Portugal, Ronaldo di bahagian serangan.

Keputusan ujian perubatan mengejutkan Ziyech hadir pada hari sama Al-Nassr bersetuju dengan perjanjian bernilai £20 juta (RM118 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Inter Milan, Marcelo Brozovic.

Pemain kebangsaan Croatia itu bersetuju dengan kontrak tiga tahun bernilai £86 juta (RM508 juta) dan akan menjadi budak poster terbaharu di negara Teluk itu.

Loading...
Terkini