comscore
Tumpuan :
Nasional

Tular: Lelaki samun remaja dalam lif ditahan

Foto tular

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki melakukan samun terhadap seorang remaja di dalam lif sebuah pangsapuri di daerah ini, Ahad lalu.

Video berdurasi 32 saat memaparkan kejadian itu, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek dicekup di sebuah unit di pangsapuri sama, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Katanya, penangkapan lelaki berusia 43 tahun itu dibuat selepas mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pada Ahad lalu.

“Bertindak atas maklumat, ketua balai bersama anggota Unit Peronda Sektor (URS) Balai Polis Majidee membuat serbuan di sebuah unit pangsapuri di daerah ini, dan menangkap suspek lelaki berkenaan.

“Polis turut merampas telefon bimbit, sehelai seluar dan sepasang kasut.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes dadah. Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif morfin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini