comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Helikopter terhempas: KPWKM sumbang RM3,000 kepada waris mangsa


Oleh: Shuhadah Marzuki 

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, menyumbangkan bantuan Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa (PEKA YKN) RM3,000, kepada waris anggota keluarga mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Beliau berkata demikian selepas majlis bacaan yasin dan tahlil kepada tragedi helikopter terhempas.

Majlis yang diadakan di Dewan Perdana Nur KWKPM di Putrajaya turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

KPWKM turut bersedia untuk memberi sokongan melalui bimbingan kaunseling kepada waris mangsa.

“Saya juga mensyorkan untuk menyantuni keluarga mangsa dengan pendekatan melalui bimbingan kaunseling oleh kaunselor Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memberi sokongan serta rujukan bantuan yang disediakan jabatan agensi di bawah KPWKM,” katanya.

Dalam tragedi Selasa lalu, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi yang membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) di Pangkalan Tentera Laut TLDM di Lumut Perak.

Loading...
Terkini