comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] PBB tiba di Mesir, segerakan bantuan ke Gaza

 

SINAI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB), Antonio Guterres tiba di Sinai, Mesir bagi menyegerakan penyaluran bantuan ke Gaza.

Justeru ketika ini, perbincangan berlangsung bagi menetapkan pelepasan bantuan kemanusiaan yang telah dikumpul di Mesir.

FOTO: Reuters

Semalam, Amerika Syarikat menyatakan butiran perjanjian bagi menghantar bantuan melalui Rafah antara Sinai dan Gaza masih dijalankan.

Terdahulu, Amerika Syarikat berkata persetujuan telah dicapai untuk laluan 20 trak pertama namun menurut pegawai PBB sebarang penyampaian bantuan perlu dilakukan secara berskala dan secara berterusan.

FOTO: Reuters

Sebelum konflik terbaharu tercetus, kira-kira 450 trak bantuan tiba di Gaza setiap hari dengan rafah satu-satunya sempadan yang boleh dilalui untuk ke Gaza.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini