comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 300 berhimpun depan kedutaan AS bantah serangan ke atas Palestin

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 golongan wanita dan ibu berkumpul di hadapan kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan surat bantahan dan menyatakan sokongan terhadap Palestin, di sini, hari ini.

Perhimpunan berkenaan dianjurkan Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP).

Penasihat kehormat MWCQP, Dr Fauziah Mohd Hassan berkata, penyerahan surat bantahan ini adalah untuk mengecam tindakan rejim Zionis.

“Tindakan rejim Zionis membedil salah sebuah hospital di Gaza satu jenayah besar yang tidak berperikemanusiaan dan sukar untuk dimaafkan.

PERHIMPUNAN aman serahan surat bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat diatas kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin anjuran Humanitarian Care Malaysia(MyCARE) dan Malaysian Women Coalition for Al-Quds Palestine – Foto: NSTP

“Kami bersolidariti dengan seluruh suara umat Islam seluruh dunia untuk mengecam tindakan Israel mengebom hospital Al-Ahli yang menyebabkan lebih 500 orang terbunuh,” katanya ketika ditemui.

Antara yang dilihat hadir ialah, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar; penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan Heliza Helmi dan Exco Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari.

Menurutnya, terdapat empat tuntutan diserahkan dalam surat bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat.

“Antara tuntutan kami adalah Israel segera menghentikan Genosid dan pengepungan haram di Gaza.

“Israel membuka sekatan agar bantuan kemanusiaan dapat masuk.

“Akhir sekali, negara sekutu Israel menghentikan sokongan melulu terhadap pendudukan haram dan kekejaman Israel di bumi Gaza,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini