comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Rakyat Palestin dibebaskan bersatu semula dengan orang tersayang

BAITULMAQDIS: Sejumlah 33 tahanan yang dibebaskan di Tebing Barat telah selamat diserahkan kepada pasukan daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.

Qadura Fares, yang mengetuai ngo kelab tahanan Palestin, berkata baki enam lagi dibebaskan di Baitulmaqdis.

Antara tahanan yang dibebaskan ialah Marah Bakeer, yang ditangkap ketika wanita itu berusia 16 tahun.

Tidak dapat menahan sebak, ibu kepada Bakeer, Sawsan terus memeluk anak perempuannya yang dibebaskan.

Menurut Bakeer, dia menghabiskan 8 tahun di penjara Israel.

“Isu kurungan bersendirian adalah perkara yang besar, terutamanya kerana mereka (pihak berkuasa penjara) telah memisahkan saya daripada gadis lain di wad, dan saya tidak tahu apa yang berlaku.

”Ini memberi kesan kepada kami, terutamanya sebagai tahanan wanita. Tetapi pada masa yang sama apabila orang itu beriman kepada Tuhan, segala-galanya menjadi lebih mudah, dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Mengulas lanjut, Bakeer berkata, perkara yang paling memberi kesan kepadanya ialah dia tidak tahu apa-apa tentang ibu bapa dan keluarganya.

”Saya sering bermimpi tentang mereka, baik mimpi baik mahupun buruk, dan saya akan cuba mentafsirkan mimpi itu sedikit, tetapi saya percaya kepada Tuhan, dan saya sering berdoa untuk mereka dan membaca al-Quran,” katanya lagi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini