comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Wajah Ruhainies dikaburkan dalam iklan jenama produk kecantikan

Tangkap layar video iklan jenama kecantikan yang mengaburkan wajah Ruhainies

PETALING JAYA: Kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies baru-baru ini, memberi kesan kepada kedua-dua pelakon terbabit, apabila ramai pihak mula tidak menunjukkan sokongan terhadap perbuatan mereka.

Terbaharu, satu produk kecantikan dan kesihatan jenama popular telah memuat naik iklan sempena Ramadan dan Aidilfitri, dengan mengaburkan wajah Ruhainies.

Iklan produk itu menggabungkan dua lagi selebriti terkenal iaitu Wany Hasrita dan Hisyam Hamid.

Jenama itu turut menyatakan pendirian dengan tidak menyokong mana-mana pihak berkelakuan buruk atau melakukan kontroversi.

Pihaknya juga berharap isu terbabit tidak memberi kesan kepada tayangan iklan produk berkenaan kerana rakaman telah dibuat pada Disember 2023.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini