comscore
Tumpuan :
Jenayah

‘Geng Jiva’ samun bersenjata akhirnya tumpas

ACP Yahaya Hassan/ Ketua Polis Daerah Ipoh.

IPOH: Polis berjaya menumpaskan geng samun bersenjata, ‘Geng Jiva’ yang berleluasa di sekitar Ipoh dengan penahanan empat individu termasuk ketua kumpulan itu dalam serbuan di sebuah rumah, Taman Syabas, Selasa lalu.

Ujar Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, polis percaya kesemua suspek adalah dalang utama 24 kes jenayah kekerasan dan 34 jenayah harta benda.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata suspek ditahan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan

“Kita percaya telah melumpuhkan Geng Jiva yang dipercayai aktif menyamun di beberapa taman perumahan, selepas memberkas empat suspek termasuk ketua kumpulan berusia 26 hingga 35 tahun dikehendaki pihak polis,” katanya.

Modus operandi dilakukan kumpulan terbabit jenayah samun bersenjata, pecah rumah serta mendatangkan kecederaan semasa menyamun di sekitar Ipoh khususnya di Taman Canning, Taman Ipoh Timur dan Bercham.

Menurut Yahaya, ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek termasuk seorang wanita, positif dadah jenis methamphetamine dan keempat-empat suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Hasil semakan juga mereka mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan jenayah.

Kes juga telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini