comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri maut dibakar suami 

Rumah mangsa yang turut musnah selepas suspek dikatakan membakar isterinya di Kampung Tinagalan, Sook, Keningau, Sabtu lalu. – FOTO: NSTP/Ihsan PDRM

KENINGAU: Seorang wanita meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Keningau selepas disyaki dibakar oleh suaminya di Kampung Tinagalan, Sook, di sini, Sabtu lalu.

Kejadian dikatakan berpunca daripada pertengkaran antara mereka ketika minum minuman keras jenis ‘tapai’ di rumah mereka yang turut musnah sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata hasil siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkaran mulut di antara pasangan berusia 50 dan 41 tahun itu dalam keadaan mabuk.

Katanya, keadaan menjadi luar kawalan apabila mangsa mencabar suspek untuk membakarnya selepas diugut suaminya sebelum itu.

“Suspek dilaporkan menyimbah isterinya dengan petrol sebelum menyalakan mancis dan terus mencampakkan kepada mangsa.

“Anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia 16 tahun menyedari kejadian berkenaan terus membawa keluar dua adiknya keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yampil berkata, remaja berkenaan terus membantu memadamkan api di badan ibunya sebelum cuba mendapatkan bantuan daripada pakciknya.

Katanya, suspek sendiri kemudian membawa mangsa ke Klinik Sook untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Keningau pada jam 1.41 petang, Ahad lalu,” katanya.

Sementara itu, Yampil berkata, suami mangsa sudah ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini