comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Tertuduh kes suami bakar isteri dihadapkan ke mahkamah esok

Foto hiasan

MANJUNG: Lelaki yang ditangkap kerana dipercayai membakar isterinya minggu lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, dekat sini esok.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata siasatan ke atas suspek berumur 28 tahun itu berjaya diselesaikan dan kertas siasatan sudah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum mati,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Isteri maut dibakar suami

Polis memberkas suspek pada 11 Julai lalu kerana disyaki bertindak membakar isterinya yang berumur 33 tahun di rumah mereka di Kampung Bharu, di sini kerana berang dituduh menghisap dadah.

Mengikut laporan awal, polis turut menjumpai beberapa bahan bukti susulan penangkapan ke atas suspek.

Mangsa yang sempat dikejarkan ke Hospital Seri Manjung disahkan meninggal tiga hari kemudian dunia ketika menerima rawatan.

Loading...
Terkini