comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pedofilia ditahan cabul 2 kanak-kanak di PPS

KUALA TERENGANU: Polis Terengganu menahan seorang lelaki warga emas selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas dua kanak-kanak perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), di Kuala Nerus, semalam.

Ketua Polis Terengganu , Datuk Mazli Mazlan berkata, penahanan suspek berusia 61 tahun itu dibuat susulan laporan polis daripada keluarga mangsa yang mendakwa anak perempuan mereka dicabul.

“Kita telah menerima dua laporan polis berkenaan kes amang seksual melibatkan 2 kanak kanak berumur 7 tahun yg berlaku di PPS  yang dilakukan  oleh  seorang lelaki 61 tahun yang juga mangsa banjir yg ditempatkan di PPS yang sama”, katanya.

Mazli berkata, suspek dikatakan mengajak kedua-dua mangsa yang untuk menelaah pelajaran sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kejadian itu disedari keluarga mangsa setelah diberitahu kanak-kanak berkenaan sebelum membuat laporan polis secara berasingan di Balai Polis Gong Badak.

Sementara itu Mahkamah Majistret Kuala Terengganu membenarkan suspek ditahan  direman selama 7 hari bermula hari ini sehingga 29 November depan.

Kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini