comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek kedua kes simbah asid Faisal Halim direman lima hari – KP Selangor 

Foto Tular Media Sosial

KUALA LUMPUR: Suspek kedua yang ditahan bagi siasatan kes simbah asid pemain bola sepak negara kelmarin direman lima hari bermula hari ini hingga 11 Mei ini.

Perkembangan terbaharu itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau turut memaklumkan siasatan kes berkenaan kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Suspek direman lima hari hingga 11 Mei, dan siasatan diambil alih oleh USJT,” katanya ringkas.

Sebelum itu, Hussein memaklumkan suspek kedua dalam kes ini iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan di Bandar Baru Bangi dekat sini, lewat petang, semalam.

Beliau turut memaklumkan suspek pertama yang ditahan di Pandan Indah, Ampang, kelmarin akan dibebaskan selepas direman dua hari kerana didapati tiada kaitan dengan kejadian.

Bagaimanapun dia akan ditahan semula selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah.

Suspek pertama berusia 20-an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Siasatan polis mendapati pelaku dalam kejadian itu menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini