comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Keluarga ketua Biro Al Jazeera antara korban serangan tentera penceroboh Israel

Foto: Agensi

GAZA: Serangan udara tentera penceroboh Israel di tengah Gaza pada Selasa turut meragut nyawa anggota keluarga terdekat ketua biro Al Jazeera di Gaza, Wael al-Dahdouh.

Sebelum itu, beliau bersama keluarganya melarikan diri ke kem Nuseirat di tengah Gaza selepas tentera penceroboh Israel memberi amaran kepada penduduk di utara wilayah itu supaya segera berpindah.

“Malam itu pesawat perang Israel mengebom rumah keluarga Wael al-Dahdouh, di kem pelarian Nuseirat, di tengah Gaza, membunuh ahli keluarganya, termasuk isteri, anak perempuan dan anak lelakinya,” lapor Agensi Berita WAFA.

Rangkaian media mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sembarangan yang menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tidak bersalah di Gaza. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini