comscore
Tumpuan :
Luar Negara

PBB desak lepas bantuan ke Gaza

FOTO Reuters

RAFAH (Mesir): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres merayu agar trak bantuan ke kawasan yang terkepung dilepaskan segera.

Beliau melawat sempadan Mesir dan Semenanjung Gaza pada Jumaat, beberapa hari selepas Amerika Syarikat (AS) meningkatkan harapan bagi bantuan kemanusiaan.

FOTO Reuters

Guterres berada di Semenanjung Sinai, lokasi lebih 200 trak bantuan menunggu untuk dilepaskan.

Keadaan itu, beliau sifatkan kelewatan menghantar makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api kepada mereka yang memerlukan amat menyayat hati.

Ujarnya, lori ini bukan sekadar trak namun talian hayat antara hidup dan mati bagi ramai orang di Gaza.

FOTO Reuters

Memandangkan trak bantuan ini terkandas, amat jelas isyarat mereka perlu bergerak melepasi sempadan secepat dan sebanyak mungkin.

Rafah kekal ditutup sejurus selepas Israel memulakan pengebomannya ke atas Gaza sebagai tindakan balas terhadap serangan maut oleh kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu dan perbalahan mengenai syarat untuk menyampaikan bantuan menghalang pembukaan semula sempadan.

Israel meletakkan syarat pelepasan ialah mereka memeriksa bantuan, manakala negara Barat mendesak untuk memindahkan pemegang pasport negara lain dari Gaza.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini