comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki tetak ibu direman 7 hari 

 

FOTO: NSTP

MUAR: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman selama seminggu ke atas lelaki yang dipercayai membunuh ibunya dengan kapak.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, perintah reman ke atas dikeluarkan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel berkaitan: Berang ditegur buat bising, anak tetak ibu sampai mati

Dalam kejadian jam 8 malam tadi, suspek 47 tahun disyaki menetak mangsa seorang wanita warga emas yang juga ibunya kerana berang selepas ditegur membuat bising, di Taman Temiang, di sini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta leher ditemukan maut di dalam rumah.

Polis turut merampas sebilah pisau dan kapak yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

Loading...
Terkini